Wednesday, September 9, 2009

Ekspedisi kebajikan ke Ipoh Timur

Roslan menyampaikan sumbangan bagi pihak Pemuda PAS Ipoh Timur kepada salah seorang penerima barangan dapur dan beras.

Sdr. Ridzuan menyampaikan sumbangan baju raya kepada salah seorang penerima kanak - kanak.
Ridzuan dan Salman yang telah mengadakan ziarah untuk memberikan sumbangan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

IPOH - Parlimen Ipoh Timur telah menjadi lokasi seterusnya di mana Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah menjadi tuan rumah kali ini.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak diwakili oleh Exconya, Ridzuan Rashid yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar. Manakala Pemuda PAS Ipoh Timur diketuai oleh Salman Saleh dan Ahli Jawatankuasa Kerjanya. Turut hadir ialah Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Ipoh Timur, Roslan Sulaiman.

Lokasi yang telah di pilih ialah Kampung Setinggan di Sri Murni. Seramai hampir 50 orang penerima barangan dapur termasuk beras. Manakala 30 orang penerima kanak-kanak berbentuk pakaian baju raya. Pemuda PAS Ipoh Timur juga telah menyediakan hampir 300 bungkus bubur lambok untuk di agihkan kepada sekitar Kampung Setinggan Sri Murni dan Sri Rahmat.

Salman yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda PAS Perak menyatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat selama mana pemerintahannya sebelum rampasan kuasa awal Februari lalu.

'Sumbangan ini adalah kemampuan yang dapat kami sediakan dan kami akan teruskan misi Negeri Bekebajikan di negeri ini' tegas Salman.

Pemuda Kampar Dekat Di Hati.(XPDC Kebajikan)

Ust. Nuri sedang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas
Sebahagian penerima sumbangan yang terharu dengan Pemuda PAS yang sentiasa prihatin dengan nasib mereka.

KAMPAR - Pakaian lama antara sumbangan yang telah disediakan kepada penerima program di Parlimen Kampar pada kali ini.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar telah menyusun program tersebut di Dewan Kampung Chang Legong, Kampar. Pemuda PAS Kampar diketuai oleh Ketuanya, Ridzuan Rashid dan disertai oleh Ahli Jawatankuasa Kerjanya.

Manakala Dewan Pemuda PAS Negeri Perak pula di hadiri oleh Timbalan Ketuanya, Mohd Nur Amin. Seramai hampir 30 orang penerima sumbangan tersebut yang telah disusun oleh Pemuda PAS Kampar.

Mohd Nur berharap usaha ini akan mendekatkan pemuda dengan masyarakat akar umbi yang tidak bernasib baik.

Sumbangan adalah berupa pakaian terpakai dan juga barangan dapur serta beras.

Wednesday, September 2, 2009

SIDANG DUN PERAK 02/09/2009

Salam.Sekali lagi ibupejabat polis berpindah ke bangunan SUK Perak.
Malang sungguh rakyat Perak.Penjenayah dibiarkan bermaharajalela.YB yang ingin menjalankan tanggungjawab disekat????????Itulah 1 Malaysia Najib Altantuya.