Thursday, February 26, 2009
coretan 3
2. Dalam kegawatan politik di Perak sekarang,semua yang sepatutnya boleh dilaksanakan ada aje halangan dari Najib Altantunya dan sekutunya.Nak buat sidang Dun tergempar pun susah sangat deme nak terima.apa punya demokrasi ni.apa yang nguntungkan Umno dan Bn semua o.k yg rugi .......?Najib ni sok kalau jadi PM apa pulak rancanganya nak punahkan demokrasi yg sedia tercalar kat Malaysia hari ini.Tapi tapi sebagai pejuang kita kena yakin dengan janji ALLAH.Islam akan menang akhirnya.
Sunday, February 22, 2009
coretan 3 22/02/09
Cite umno sikit.sebuah parti yang memperjuangkan Melayu.hidup Melayu ! hidup Melayu.tapi malangnya lantik MB haram dari bangsa.............?Kesian.
Saturday, February 21, 2009
coretan 2. 21 Feb 2009
Friday, February 20, 2009
coretan 20 Feb 09
1.Ust. kami orang bawah,yang tak nak laksanakan hudud tu orang atas,jadi kami terlepaslah ke?
2.Ust. 1 Dun , yang bertanding calon Bn (Melayu ) Pakatan Rakyat (India).Macamana tu ust?
3.Ust.Tadi ustaz kata orang melayu paling ramai kat Malaysia.Ngapa tak leh bersatu.
Tiga soalan di atas ditanya 3 orang yang berbeza.Yang penting semuanya orang UMNO pekat.Alhamdulillah sahabat aku Ust.Shir menjawab dengan tenang dan tepat.Pada hari itu selepas sembahyang Isyak Pengerusi terus ajak aku dan beberapa sahabat makan malam kat kodai.Kami berbincang adakah yang bertanya itu sekadar nak uji Ust.berani jawab dengan betul dan tepat ataupun nak kilas kat lain.Akhirnya kami sepakat dengan yakin bahawa mereka bertanya kerana selama ini mereka jahil.maklumlah tak nak ngaji.Syukur aku ucapkan pada ALLAH berkat kesabaran menghadapi dugaan dan rintangan untuk meghidupkan kembali majlis ilmu kat surau tu akhirnya mula membuahkan hasil.Mesyuarat baru lepas ada ajk (UMNO) ngatakan sekarang ini ada 8 pengajian sebulan.Banyak sangat katanya tetapi ada ajk (UMNO) yang mempetahankannya.Syukur akhirnya keputusan mesy akan tambah lagi pengajian.Pengerusi surau kata,banyak lagi bagus surau tak ada duit dia boleh bayarkan.Inilah hebatnya Pengerusi surau.seorang kontraktor yang berjaya.
Thursday, February 19, 2009
Siapakah penderhaka
APA KATA MAMAK BENDAHARA
Zambry akan ambil tindakan susulan mengikut undang-undang |
Feb 19, 09 7:24am |
Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan itu. Zambry berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar tidak boleh membuat keputusan itu dengan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya perlu membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu, lapor Bernama. "Keputusan jawatankuasa itu juga adalah menidakkan kuasa Sultan Perak yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini. Katanya tindakan jawatankuasa berkenaan juga adalah subjudis memandangkan isu pelantikan beliau sebagai Menteri Besar telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihan Menteri Besar berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi. Menurut Zambry, beliau dan Exco berkenaan telah memberikan penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa beliau dan Enam exco berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan. Nafi gagal beri penjelasan "Oleh itu dakwaan Speaker bahawa kami telah gagal menawarkan sebarang penjelasan merupakan satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang speaker," katanya. Sivakumar dalam kenyataan akhbar empat perenggan lewat petang tadi mengumumkan Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco berkenaan digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini. Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi. Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang). Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (PAS-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor). Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan DUN Perak itu sebagai kelakar dan mempersenda dewan berkenaan. Nazri: Episod komidi Nazri berkata, seluruh episod itu adalah satu "komedi" kerana keputusan oleh Sivakumar itu "amat tidak masuk akal". "Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu. "Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen. "Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi," kata Nazri. Manakala Bekas Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Abdullah Abdul Wahab berkata tindakan speaker DUN menggantung serta-merta dan melarang Dr Zambry serta enam exco daripada menghadiri sesi dewan, tidak dijalankan mengikut prosedur persidangan dewan. Katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh kawatankuasa hak dan kebebasan itu, yang merupakan sebahagian daripada proses dewan, perlu mendapat persetujuan anggota dewan. "Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang ditubuhkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri hanya boleh membuat syor kepada persidangan dewan, dan adalah hak anggota dewan untuk menerima atau menolak syor yang dibuat itu," katanya. 'Mesti ikut peraturan' Beliau berkata jika anggota dewan menerima syor tersebut, "barulah hukuman dijatuhkan mengikut peraturan yang ditetapkan" yang disokong oleh anggota dewan. Abdullah berkata persidangan Dewan Rakyat pernah mengambil tindakan menggantung keanggotaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebagai anggota dewan, dan tindakan itu diambil mengikut aturan mesyuarat dewan. Pada 11 Disember 2001, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang pada masa itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan usul supaya Fong digantung keanggotaannya selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menghina Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Dr Mohamed Zahir Ismail. Keputusan untuk menggantung Fong dibuat melalui pengundian oleh anggota Dewan Rakyat yang hadir, di mana 83 anggota menyokong dan 28 lagi membantah, dan tidak dibuat di luar persidangan dewan tanpa mendapat persetujuan anggota dewan, katanya. Bagi peguam kanan Ipoh, yang tidak mahu dikenali, berkata tindakan Sivakumar itu "jelas melanggar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan)." Katanya mengikut Peraturan 71 (2) iaitu apabila dewan tidak bersidang, seorang anggota boleh memberitahu Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan dewan. Speaker jika berpuas hati, boleh menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dan jawatankuasa itu hendaklah melaporkan kepada dewan berkenaan dengannya, katanya. Dr Aziz: Speaker ada kuasa Beliau juga berkata tindakan Sivakumar itu juga "bercanggah dengan prinsip keadilan nasional" kerana ketujuh-tujuh Adun itu ialah wakil rakyat yang dipilih, justeru dengan keputusan yang dibuat itu akan menghalang mereka daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. "Lebih serius lagi, Dr Zambry dan enam Exco itu telah dilantik oleh Sultan Perak dan ia melanggar Perkara 12 Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai pelantikan Menteri Besar dan Perkara 16 mengenai pelantikan Exco," katanya. Ia juga menghalang ketujuh-tujuh mereka yang telah dilantik secara sah oleh Sultan Perak daripada menjalankan tugas mereka dalam menguruskan dan membangunkan negeri. Lagipun "adakah ketujuh-tujuh mereka dikeluarkan saman yang memperincikan kesalahan mereka dan dibenarkan untuk mempertahankan diri mereka?" tegasnya. Sementara itu, pensyarah undang-undang Prof Dr Aziz Bari pula berkata Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. "Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya. Katanya sebelum ini terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat. "Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel" katanya. Sumber dari MALAYSIAKINI |
MB dan Exco kena hukum gantung?
MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN |
Feb 18, 09 6:50pm |
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini. Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini. Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar. Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang). Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak. Dipanggil beri keterangan Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN. Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat. Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun. Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya. Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi. Speaker: Ada kes prima facie Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan. "Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini. Khabar angin tentang Hee Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan. Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN. Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu. Sumber dari Malaysiakini |