Saturday, March 14, 2009

cerita baru

Ismail Safian

Ismail Safian

Najib Toonya dah umumkan calon BN bagi pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang sebentar tadi. Ismail Safian merupakan calon underdog, yang tidak pernah disebuut namanya sebelum ini. Ini sekaligus menafikan peluang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Kamalullail Sulaiman yang merupakan nama favourite untuk seat tersebut. Ismail Safian sebelum ini merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang semasa Mat Isa menjadi Ketua Bahagiannya. Namun setelah Mat Isa ditendang oleh Rosli, Ketua Bahagian yang baru, Ismail Safian turut tenggelam dan hanyut entah kemana sebelum muncul kembali sebentar tadi. Pengumuman itu juga disusuli dengan akujanji dari Ismail Safian yang berjanji tidak akan bertanding dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO akan datang. Ini disebabkan dikhuatiri kem Rosli Husin tidak akan turun membantu kempen pilihanraya seterusnya membuang undi protes pada pilihanraya kecil tersebut. Inilah yang terjadi pada Datuk Azim yang tewas kepada Ustz Roslan Shaharum disebabkan undi protes dari ahli UMNO sendiri pada pilihanraya umum yang lepas.

Satu yang menarik kali ini, cara Najib Toonya mengumumkan calon pilihanraya kecil Bukit Gantang ini hampir menyamai cara yang dilakukan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang sewaktu mengumumkan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang lepas dengan memilih calon bukan pilihan. Mungkin Najib Toonya mengambil iktibar dari kemenangan Wahid Endut tempohari. Ini bermakna Najib Toonya juga telah melakukan solat sunat Istikharah dalam menentukan calon BN pada pilihanraya kecil Bukit Gantang ini.

Syabas Najib. Anda telah menjadikan Tuan Guru Haji Hadi sebagai idola.

Wednesday, March 4, 2009

coretan 4

Salam.pagi ini suasana kembali tenang.Pejabat Kerajaan Negeri boleh diberi nama kembali.Ini kerana polis telah berpindah ke tempat asal mereka.Semalam tengahari semasa melalui pej DAP suasana kecoh berlaku di hadapan restoran Kopitiam.rupanya2 orang suruhan UMNO cuba membuat provokasi.habis semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berjalan di hadapan restoran dimaki hamun dengan perkataan yang kesat lagi busuk.sesuatu yang dibanggakan unit amal berjaya mengawal keadaan supaya orang ramai "bo layan" karenah orang suruhan UMNO itu.dihadapan aku Dato Mahfuz Omar dimaki dengan teruk,akan tetapi beliau hanya tersenyum dan tertawa kecil.Inilah hebatnya pemimpin PAS yang memiliki tarbiyyah yang cukup mantap.Dalam paper hari ini UMNO ngatakan mendapat perintah Mahkamah agar sidang DUN tidak dijalankan tampa perintah sultan.sekarang ni dari umno,polis sampailah ke makhamah semuanya guna nama Sultan.hormat beno deme kat intitusi Raja.1993 Umno juga yang buat roadshow seluruh negara agar kuasa raja dikurangkan dan Anuar musa pulak lantik sultan Kelantan yang baru itu tak derhaka namenya?itulah Umno nguntungkan deme jadi,rugi ...?

Tuesday, March 3, 2009

sejarah tercipta

salam.Jam 9.20pg ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat tiba di medan Istana ,berhampiran pej SUK dengan menaiki bas persiaran.Setelah berkumpul,berjalan menuju ke pintu masuk SUK dihalang oleh konco-konco UMNO yang diupah dan juga oleh Polis FRU.perbincangan diadakan tetapi gagal mencapai kata sepakat.Polis beri amaran untuk bersurai,jika tidak water canon akan dilancarkan.Saja tak nak kecoh Yb berundur dibawah pokok Medan Istana.Maka pada hari ini 03 Mac 2009 tercatitlah dalam sejarah dunia ,Sidang DUN Negeri Perak di adakan dibawah pokok.Unit Amal dan pengawal peribadi YB menjadi benteng dun,termasuklah aku.3 usul telah dibentang dan dibahaskan.
Usul 1 di bawa oleh adun Titi Serong - menyokong penuh kepimpinan Y.A.B Dato Seri Ir Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Usul 2 di bawa oleh adun Teja -mengusulkan agar DUN dibubarkan.
Usul 3 di bawa oleh adun Setiawan -( tidak dengar ,Bising).
Kesemua usul diterima dengan sebulat suara oleh 27 Yb Pakatan Rakyat.
Begitulah jahatnya BN n Umno.Pemimpinnya rakus mengaut keuntungan untuk diri sendiri,rakyat terus diperbodohkan dengan janji-2 palsu lagi penipu.
Teringat aku akan kata-kata Syaidina Abu Bakar As sidek."MANUSIA YANG PALING CELAKA ADALAH KEBANYAKAN DATANGNYA DARI KALANGAN RAJA-2(PEMERINTAH),MEREKA ZUHUD(JIMAT) DENGAN HARTA SENDIRI TETAPI TAMAK DENGAN HARTA RAKYAT .

Perak Yang Cemerlang

Salam.pg ini macam biasa aku nak gi pej PASTI tiba disimpang masuk nampak banyak kete berbaris.rupanya semua jalan masuk ke pej SUK dihalang oleh polis dan fru.Hari ini pej SUK layak ditukar nama ke Ibu pej.kontijen Polis Perak.ramai polis dari penjawat awam.?rasanya hari ini kes curi dan rompakan akan bertambah sebab polis sibuk jaga kepentingan BN dan Umno dari nak jaga keselamatan n kepentingan awam.nampak bebeno Bn n Umno dah tak ada modal sampai sanggup lakukan perkara terkutuk ini.ntah-ntah dalam jabatan polis dan sprm pun dah ada cawangan Umno kot.namum begitu semangat yang ditunjukkan oleh Yb Pakatan Rakyat dan dibantu oleh Unit Amal yang segak lagi bergaya pada pagi ini dengan pakaian kot hitam tentunya akan menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa kebenaran tetap akan datang jua.Ayuh sahabat marilah kita mempertingkatkan amalan kita dan terus berdoa agar ALLAH membantu pejuang-2 di negeri Perak khususnya.Amin.