Saturday, March 14, 2009

cerita baru

Ismail Safian

Ismail Safian

Najib Toonya dah umumkan calon BN bagi pilihanraya kecil P059 Bukit Gantang sebentar tadi. Ismail Safian merupakan calon underdog, yang tidak pernah disebuut namanya sebelum ini. Ini sekaligus menafikan peluang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Kamalullail Sulaiman yang merupakan nama favourite untuk seat tersebut. Ismail Safian sebelum ini merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang semasa Mat Isa menjadi Ketua Bahagiannya. Namun setelah Mat Isa ditendang oleh Rosli, Ketua Bahagian yang baru, Ismail Safian turut tenggelam dan hanyut entah kemana sebelum muncul kembali sebentar tadi. Pengumuman itu juga disusuli dengan akujanji dari Ismail Safian yang berjanji tidak akan bertanding dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO akan datang. Ini disebabkan dikhuatiri kem Rosli Husin tidak akan turun membantu kempen pilihanraya seterusnya membuang undi protes pada pilihanraya kecil tersebut. Inilah yang terjadi pada Datuk Azim yang tewas kepada Ustz Roslan Shaharum disebabkan undi protes dari ahli UMNO sendiri pada pilihanraya umum yang lepas.

Satu yang menarik kali ini, cara Najib Toonya mengumumkan calon pilihanraya kecil Bukit Gantang ini hampir menyamai cara yang dilakukan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang sewaktu mengumumkan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang lepas dengan memilih calon bukan pilihan. Mungkin Najib Toonya mengambil iktibar dari kemenangan Wahid Endut tempohari. Ini bermakna Najib Toonya juga telah melakukan solat sunat Istikharah dalam menentukan calon BN pada pilihanraya kecil Bukit Gantang ini.

Syabas Najib. Anda telah menjadikan Tuan Guru Haji Hadi sebagai idola.

1 comment:

  1. Bila-bila pun mereka akan sentiasa bercakaran sesama sendiri berebut harta dan kedudukan. Mereka akan bersatu apabila berdepan pejuang-pejuang Islam.
    Teruskan perjuangan, teruskan berdoa...biarkan Allah hancur leburkan perpaduan mereka

    ReplyDelete