Friday, February 20, 2009

coretan 20 Feb 09

Surau tempat aku tinggal .16 feb A.F Ust Shir ngajar bab akidah.Sentuh bab hudud sikit.Rupanya mendapat perhatian ahli jemaah.3 soalan penting aku tuliskan di dalam coretan ini.
1.Ust. kami orang bawah,yang tak nak laksanakan hudud tu orang atas,jadi kami terlepaslah ke?
2.Ust. 1 Dun , yang bertanding calon Bn (Melayu ) Pakatan Rakyat (India).Macamana tu ust?
3.Ust.Tadi ustaz kata orang melayu paling ramai kat Malaysia.Ngapa tak leh bersatu.
Tiga soalan di atas ditanya 3 orang yang berbeza.Yang penting semuanya orang UMNO pekat.Alhamdulillah sahabat aku Ust.Shir menjawab dengan tenang dan tepat.Pada hari itu selepas sembahyang Isyak Pengerusi terus ajak aku dan beberapa sahabat makan malam kat kodai.Kami berbincang adakah yang bertanya itu sekadar nak uji Ust.berani jawab dengan betul dan tepat ataupun nak kilas kat lain.Akhirnya kami sepakat dengan yakin bahawa mereka bertanya kerana selama ini mereka jahil.maklumlah tak nak ngaji.Syukur aku ucapkan pada ALLAH berkat kesabaran menghadapi dugaan dan rintangan untuk meghidupkan kembali majlis ilmu kat surau tu akhirnya mula membuahkan hasil.Mesyuarat baru lepas ada ajk (UMNO) ngatakan sekarang ini ada 8 pengajian sebulan.Banyak sangat katanya tetapi ada ajk (UMNO) yang mempetahankannya.Syukur akhirnya keputusan mesy akan tambah lagi pengajian.Pengerusi surau kata,banyak lagi bagus surau tak ada duit dia boleh bayarkan.Inilah hebatnya Pengerusi surau.seorang kontraktor yang berjaya.

1 comment:

  1. Bila oghang dah ghamai-ghamai pi mngaji, depa koi ngeti ler tu...
    Perjuangan mesti dengan ilmu!

    ReplyDelete