Tuesday, November 17, 2009

Konvokesyen Tamat Al Quran

Salam.Syukur pada Allah anak sulong kami Muhammad Afiq (16 thn)telah berjaya menamatkan hafalan 30 juzuk Al Quran.Pada bulan Julai lepas kami sekeluarga pergi ke Kelantan untuk menghadiri Konvokesyen yang diadakan oleh Persatuan Madrasah Maahad Tahfiz Malaysia(PERMATA).Program diadakan di Balai Islam Lundang.Jadual asal akan dihadiri oleh Tn Guru Dato Nik Aziz Nik Mat akan tetapi atas sebab tertentu beliau tidak dapat hadir dan diwakili oleh Dato Nik Ammar.Sebagai ibubapa kami sentiasa mendoakan agar anak-anak berjaya didunia dan diakhirat.

No comments:

Post a Comment